Entry khas buat cousinku - Durra! hiks
Bahan-bahan:Kek swiss roll- best perisa pandan
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung jagung
Gula secukup rasa
1 tin buah koktail
1 tin buah peach
1 kotak nona kristal jeli
400ml-500ml whipping cream
Badam bakar ( optional)
Cara-cara:
1. Lapisan pertama: Potong dan susun swiss roll
2. Lapisan kedua: Masak krital jeli mengikut arahan di kotak dan tuang ke atas kek tadi. Biarkan sejuk.
3. Lapisan ketiga: Campurkan dan masak dengan api perlahan sehingga pekat 1 tin susu cair, 1 tin air guna tin susu cair, tepug kastad dan gula ikut citarasa anda.
4. Lapisan keempat: Tabur buah-buahan koktail
5: Lapisan kelima: Pukul whipping krim sehingga kembang. Masukkan dalam piping beg dan picit atas puding.
6. Lapisan keenam: Susun buah peach dan tabur badam bakar. Buah Peach perlu dipotong kalau tebal sangat.
Selamat mencuba :)