Monday, November 30, 2009

Brownies

Only managed to bake Brownies during the last Eid Adha. Asalnya nak buat buat Marble Cheese Brownies tapi tup tup bila bukak je stok Cheese yg ada baki dalam peti sejuk, dah rosak pulak..so ku buat saja Brownies biasa sahaja. Resipinya mudah aja. Ambil dr kak zura.

Bahan-bahan:
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair ( i used susu ideal)
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Sedikit walnut hiris

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacang walnut dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper.
6. Bakar lebih kurang 40min menggunakan api atas dan bawah.


Choc Ganache
Coklat
Susu ideal ( sebabnya whipping krim sudah expired!)

Cara:
1. Cairkan soklat secara double boiler sampai cair
2. Masukkan susu ideal secukup dan sesuai dengan kuantiti coklat anda. Agak-agak aja
3. Kacau laju-laju dan krimnya jadi just nice ( tak cair n tak keras sgt)
4. Lalukan atas brownies and ratakan
5. Hias dengan badam bakar & coklat rice

Mamammm! Mak suka, anak lagi sukerr! ihiks . Udah lama bangat tak bake..ada anak kecik umo 3 bulan yg nk gayut aje hehe