Monday, July 27, 2009

Carrot Muffin

Suka Lobak Merah? Cubalah resipi ini. Resipi asalnyer dr sini. Ini resipi saya ubah sket jek.


Bahan-bahan:
2 batang lobak disagat
1/2 cawan walnut -potong halus
1/2 cawan kismis - potong halus
1 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula merah ( rasanya kurang manis, so kalau nak tambah gula lebih pon ok)
2 sudu teh soda
2 sudu teh baking powder
2 cawan tepung ( ku guna high protein flour masa buat Pretzel dulu ada lebih..)
Sedikit garam
1/3 cawan susu
4 biji telur

Cara-cara:
1. Pukul gula merah, telur, sedikit garam dan minyak sampai agak kembang
2. Masukkan semua bahan-bahan kering iaitu lobak merah, tepung, soda bikarbonat, baking powder, kacang walnut dan kismis.
3. Bakar ler...

Nota: Sepatutnya tepung, baking soda dan baking powder tu kene ayak dulu. Ni kes mak buyong boleh skip saje :p
Sedang diadun

Sebelum dibakar....

Dah bakar...

4 comments:

catatan i am nieta said...

farra.. order kek dah bukak ke?

Farra Da Smiley said...

kak, blom bukak l..hihi

ShaFiAti said...

ini pun sodap...akak nak try gak le..ntah bile nak try pun tatau...hahaha

Siti Fazilah said...

salam singgah..sy sdg bakar muffin carrot..1st time buat..sy perlukan pertolongan 'smiley cakes' jika x keberatan berkongsi..berapa yer suhu n masa yg ideal utk bakar muffin?

hrp sudi membantu..