Friday, January 14, 2011

Oreo Cheesecake

Nota kaki:
1) Kek ni kecik je tau, rasanya loyang 5/6 inci. Just nice for a small family like us.
2) This case is not sweet as Secret Recipe Cake, so add more sugar at your own risk!

Base:
100gm biskut orea diblend/hancurkan ( nak guna biskut lain pon boleh saje)
30gm mentega dicairkan

Cara:
1) Gaulkan semua bahan diatas
2) Sapu dulu loyang bulat 5 inci dengan mentega/marjerin
3) Masukkan bahan td ke dalam dasar loyang dan tekan padat guna belakang sudu
4) Bakar pada suhu 170C selama 10 minit

Filling:
250gm cream cheese ( used Philadelphia cream cheese yg taste better than Tatura)
100gm plain yogurt ( boleh ganti dgn whipping cream)
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur ( size B/C, not big size)
1 sudu mentega ( optional)
2 sudu besar tepung jagung
Biskut oreo - mengikut suka, dipecahkan/dihancurkan

Cara:
1) Pukul cream cheese, kemudian masukkan gula dan pukul lagi
2) Masukkan vanila, jus lemon, mentega, tepung dan yogurt. Pukul sebati
3) Akhir sekali baru masuk telur dan pukul sebentar
4) Masukkan biskut oreo ke dalam adunan. Ada orang suka masukkan oreo yg dh jadi serbuk, jadi terpulang pada anda.
5) Bakar secara water bath selama 40-50 minit pada suhu 170C. Tutup suis dan biar kek dok dalam oven for 15 minit. Lepas tu boleh bukak sket pintu oven dan biar lg kek dok dalam tu 1 jam
6) Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
7) Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan.
8) Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Gambo. Layannn....
Lom bakar
Get ready nak kene bakar

Dah kuarkan dr chiller & loyang

Sudah dibedah!
Oreo Cheesecake with simple deco: Choc drizzle & strawberry

5 comments:

Norhafiza said...

sedapnye....nnt rasa nak cuba la..kene cari bahan2 dlu nampaknye ni hehehe...

mummiey said...

sedapnyer...dah lm nk buat tp x terbuat lagi...hehehe..

shazrina said...
This comment has been removed by the author.
shazrina said...

kite da try ciskek resepi kak farrah ...http://branipunyabudak.blogspot.com/2012/09/easy-cheesecake.html .. :D

Smiley said...

waaa bagus2 shaz..akak nak terjah blog awak