Wednesday, January 12, 2011

Brownies Cheese Kukus

Suka sangat versi kukus ni! Sangat Moist!

Bahan-bahan:
• *500g campuran brownies (premix)
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat

Inti cream cheese:
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. Utk cream cheese - campur semua bahan kecuali telur dan pukul sampai kembang. Then masuk telur dan pukul kejap jek
3. Cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
4. Masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
5. Masukkan baki brownies kukus,kukus selama 30-40 minit
6. Sediakan Choc Ganache dan paipkan atas Brownies

Tip: cucuk dengan lidi dan jika tiada lg bahan melakat maknanya dah masak.


Choc Ganache di paip atas brownies / campak sahaja.
Jom makan!

No comments: