Monday, November 5, 2007

Kek Syawal lagi

Sabtu pagi saya siapkan 2 kek, 1st for my mom untuk majlis jamuan hari raya kat kelas Arabnya, Carrot Moist Cake, simple aje hiasannya tapi rasanya sgt memuaskan, dan dah dapat 1 oder dr kawan emak for the same cake to bake tonight.

Sabtu jugs sibuk nyiapkan kek Key Lime Cheesecake dipesan oleh opismate, Kak Hapsah atau lebih mesra sy panggil Makchah, but dlm meeting idokle sy panggil dia cenggitu, tak professional plak. Actually kek tu tak perlu hias dengan whipped topping, tapi dek kerana sy bukak pintu oven masa membakarnya serentak dengan Carrot Moist Cake diatas, keknye tercrack. Buat Cheesecake, memang takbleh bukak pintu oven sampai habanya hilang. So, sy hias sket dengan whipped topping & letak baby lime menggunakan marzipan & letak tag Happy Birthday khas utk Kakak Makchah atau saya panggil MakLong.



Ahad, saya siapkan kek utk rumah Semah, Blueberry Cheesecake delight.


Sebelum keluar ke semua open house, sy bakar dulu 2 biji kek (saiz L) Super Moist Choc Cake yg di tempah oleh Juli. Ahad tu sy jalan raya dr jam 12.00pm sampai 9.00om ke 4 rumah + klinik sebab Mawaddah demam. Lepas mandi & susukan & tidurkan Mawaddah sy sambung deco kek Juli & Silky Choc Chip Cheesecake yang dipesan oleh Shelly. Utk Juli, special sy buat Choc Ganache (saja nak praktis skill, takut lupa) dan Kek Shelly, very last minute sampai parents sy yg tolong hantar ke ofis pada Isnin jam 11.45am. So gambonyer pon tak sempat nak snap. Thanks a lot shell semua orang berpuashati dengan Kek Smiley .

No comments: